Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 1 Februari 2011

EYEBALL YANG TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA












Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt dimana program Eyeball di Hulu Tamu telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Ahli-ahli baru dan lama dapat berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin. Ahli-ahli diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Presiden Redah 4x4.Segala persoalan telah terjawab dan Presiden telah meminta agar ahli menggunakan sepenuhnya platform Redah bagi memberi manfaat kepada semua ahli-ahli dan kelab secara amnya.

Kalender Redah 4x4 sepanjang tahun 2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha Redah 4x4. Ahli-ahli diminta memberi komitmen yang mantap bagi menjayakan program-program yang telah dirancang.

Terimakasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada supporter Redah 4x4 dari Raja Rimba, Lubuk Trekker, student UIA, RF Mediaworks - Rufi Latiff, RAKL yang menyumbang seekor kambing, orang perseorangan,ahli-ahli Redah 4x4 yang setia dan tidak lupa kepada Presiden Redah yang telah menyumbang sebanyak RM1ribu sebagai perbelanjaan menjayakan program Eyeball Hulu Tamu.

SYABAS KEPADA AHLI, SUPPORTER, MEDIA DAN ANGGOTA KELUARGA REDAH 4X4. KECERMELANGAN REDAH 4X4 ADALAH KEJAYAAN ANDA.

Dari : Urusetia program Eyeball Hulu Tamu
gambar ihsan : Pk Kundang @ Bg Hj Yun

Tiada ulasan: