Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 23 Julai 2010

The Lost Water Fall

Part 1

Lokasi :
Ulu Salan, Jerantut Pahang

Intro :
Lost Waterfall' merupakan satu daripada air terjun yang terdapat di Lata Manik, Jerantut, Pahang. Pelbagai spesis ikan terdapat di sini manakala air sungai ini dikategori sebagai Kelas 1 di bawah indeks kualiti air Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan selamat untuk di minum. Terdapat beberapa lagi air terjun di kawasan ini iaitu Lata Telur, Lata Selesa, dan Lata Lebah. Menurut cerita penduduk tempatan pada zaman penjajah hutan ini merupakan tempat panglima Melayu Mat Kilau berlindung dan mengatur serangan hendap terhadap British...arkib

Terima kasih kepada :

- Semua ahli Redah yang terlibat
- YDP Majlis Daerah Jerantut Pahang
- Middle Earth
- JPA
- Sports and Recreational Centre UIAM
- Utusan Malaysia

Part 2

RFM 4x4 Sports Documentary Series

Tiada ulasan: