Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 14 Julai 2010

4x4 Joy Ride @ Putrajaya Sailing Week 2010


Terima kasih di atas sokongan ahli-ahli Redah, Media, pihak Penyelaras karnival Putrajaya dan tak lupa juga kepada semua pengunjung yang hadir. Sokongan anda semua menjadi sumber inspirasi kami untuk mengadakan aktiviti-aktiviti sukan lasak di masa akan datang.

Gambar bersama Datuk Shabree Cheek, Tan Sri Samsuddin, Datuk Esa dan Datuk Ghani


Datuk Esa sedang berbincang mengenai program baru bersama Redah

4 x4 Champion in action- Hard Core SS

Bersantai sebelum mengecas


Tan Sri Samsuddin bermesra dengan team Redah

Pengunjung dari Ireland dan US juga tidak ketinggalan mencuba pengalaman joyride bersama Redah


Pengambaran dilakukan oleh avocado untuk slot dokumentari


Palma sedang memantau kerja2 membuat track joyride



Antara cabaran joyride di Putrajaya



Cabaran-cabaran yang harus ditempuhi


Pictures taken by : Keladi , kamaluddin Mohd Kasim & Prxna


Tiada ulasan: