Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 15 Julai 2010

KONVOI KE JENGKA 8


Majlis Jemputan Perkahwinan Eddy Seventhree dan Salina Middle Earth

Tarikh : 17 July 2010
Masa : 8.00 pagi
Lokasi berkumpul : Stesyen Petronas Gombak sebelum Toll
Destinasi : No.142, Blog F, jengka 8, 26400 Bandar Pusat jengka Pahang.
GPS: -

Semua kengkawan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Sekian, terima kasih.


Dari pak Lebah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia ke akhir hayat. Maaf tak dapat join, kena jaga mak mentua yg baru operate di HKL ptg semalam... Ipoh