Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 4 Ogos 2009

Program Amal Impian


Satu Program 4 Wheelin’ Kebajikan akan diadakan minggu depan di Lata Berembun, Raub, Pahang bagi merealisasikan impian saudara kita yang tidak berapa bernasib baik yang teramat-amat bercita-cita untuk merasai dan menikmati aktiviti luar yang mana ianya merupakan suatu aktiviti yang mustahil baginya.

Muhammad Hazim, 15 tahun, mengidap penyakit lukiemia berimpian untuk berkhemah, bermalam dan mandi di air terjun dan merupakan suatu impian yang telah lama dipendamnya selama ini.

Mohon ehsan mana-mana ahli kelab Redah 4x4 yang berkesempatan untuk merealisasikan impiannya bersama-sama keluarganya.


Tarikh : Sabtu 8hb Ogos hingga Ahad 9hb Ogos 2009

Masa Bertolak : Jumaat 11.00 tengah malam.

Lokasi Impian : Lata Berembun

Sukarelawan : 12 orang

Kenderaan 4x4 : 6 buah diperlukan

Makanan : Disediakan


Mohon ahli kelab bersedia membantu menyediakan kenderaan untuk merealisasikan impian adik Hazim secara amal tanpa bayaran.

Sila berhubung dengan Pak Perah (012-2749710) untuk keterangan lanjut.

1 ulasan:

N.D.S berkata...

Terima kasih atas segala-galanya. Sini ke blog ini.

http://wishingwellprogramme.blogspot.com