Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 4 Ogos 2009

Al-Fatihah buat Pak Kempas


Seluruh warga Redah 4x4 Club, Supporter, rakan-rakan dan orang persaorangan ingin mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh keluarga abang Zainal atau Pak Kempas atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada jam 10.15 pagi, 4 Ogos 2009.

Sesungguhnya jasa beliau dalam mengumpul rakan-rakan peminat 4x4 sehingga tertubuhnya Kelab X-Kisah Adventure Team seterusnya menjadi Presiden pertama tidak akan terpadam dari ingatan kami.

Kesinambungan dari Kelab X-Kisah Adventure Team maka tertubuhlah Redah 4x4 Club dan arwah terus meneruskan penglibatan beliau menggunakan callsign yang sama iaitu Pak Kempas.


Semoga roh beliau akan sentiasa berada di dalam ke-Rahmatan Allah S.W.T.

Al-Fatihah.....


.

2 ulasan:

Azli performance racing clutch berkata...

Al fatihah..Pak Kempas feroza....semoga roh beliau akan sentiasa berada di dalam ke-Rahmatan Allah S.W.T....pak merpauh.

REDAH 4X4 CLUB berkata...

Sisipan dari http://lubuktrekker4x4.ning.com/forum

Komen dari Pak Wan Ten:

WAN 10_ONETEN @ GL110_ Lekoh said…GL keberapa aku tak pasti....tapi salam perkenalan di GL - terbaca aku di blog REDAH 4x4, kepulangan arwah ' Pak Kempas ' Ke Rahmatullah, Allahuakbar tak seorang pun memberi info kat aku....' Al Fatihah ' Semoga Roh Arwah dicucuri rahmat dan tergolong dengan orang-orang yang beriman - Amin ' apapun arwah salah seorang tunjang utama Xkisah 4x4 adventure Team, Suka duka beliau mengharungi kumpulan tersebut tidak dapat dinafikan. Semoga usaha arwah diteruskan kesinambungannya, Semoga Redah4x4 dan kelab2 4Wheeler yang lain akan terus berusaha memartabatkan agenda sukan ini. Sampaikan Salam Petai@Wan 10@Oneten@GL 110 Lekoh pada kekawan yang mengenali kita. Salam menunaikan ibadah ramadhan dan selamat menyambut aidil fitri buat semua, ampun maaf diminta dari setiap gerak laku yang mungkin mencacatkan tanggapan jiwa. Terimakasih - dari GL 110 - Lekoh