i
Gambar seterusnya, sila KLIK DI SINI
Alhamdulillah...Segala perancangan dan persiapan untuk satu program yang julung kalinya buat Redah iaitu Kembara 4x4 bersama-sama anak-anak yatim dari Asrama anak-anak Yatim Damai, Kuang anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Amanah Raya Berhad telah berjalan dengan lancar.
Program yang bermula seawal jam 3.00 petang, Jumaat, 19hb Jun 2009 ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Dato Ahmad Rodzi Pawanteh di Wisma AmanahRaya Jalan Ampang.
Peserta yang merupakan kakitangan AmanahRaya seramai 50 orang kemudiannya dibawa ke Asrama Anak-anak Yatim Kuang dan di sanalah seramai 20 orang anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 15 hingga 18 tahun telah dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke hutan simpan Ulu Slim, Perak.
Program yang yang diketuai oleh Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi Shahrim yang memandu pacuan 4 rodanya sendiri, sampai ke lokasi perkhemahan kira-kira jam 8.00 malam.
Laluan berliku dan permandangan hutan yang menghijau memberikan damensi baru bagi peserta yang baru berkenalan dengan aktiviti meredah hutan ini.
Rata-rata di kalangan peserta yang ditinjau pendapat menyatakan keseronokan yang sukar digambarkan walaupun terpaksa berkhemah dan makan ala kadar jauh dari kawasan ketamadunan manusia.
Walaupun aktiviti dan program lebih kepada yang telah diatur oleh pihak AmanahRaya, namun rakan-rakan Redah amat teruja tatkala dapat membawa peserta ke Pos Tenau sejauh lebih kurang 8 km dari tapak perkhemahan, untuk mengadakan demonstrasi pemanduan dan 'survival' 4x4.
Semoga langkah pertama Redah ini akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti seterusnya dengan badan-badan korporat untuk masa yang akan datang.
-Kundang.
.