Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 11 Januari 2010

Perasmian Taman Cabaran, Putrajaya.














Pada 9-10 Januari 2010 baru-baru ini telah berlangsung satu program kesukanan yang melibatkan aktiviti-aktiviti extreme seperti BMX, MTB, Skateboard, Rollerskate dan lain-lain yang berlangsung di Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya.

Program bagi mengisi Majlis Perasmian Taman Cabaran itu turut disertai oleh Kelab 4x4 Redah sebagai memenuhi jemputan rasmi dari pihak penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya.

Redah yang turut diiringi oleh kelab-kelab 4x4 lain seperti Kelab Kembara 4x4 Selangor dan Lubuk Trekker telah sama-sama memeriahkan dan menunjukkan sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti sukan lasak yang diadakan.

Pihak jawatan kuasa tertinggi Redah 4x4 Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jemputan rasmi dari Perbadanan Putrajaya dan juga kepada kelab-kelab 4x4 lain yang turut sama memeriahkan program dan aktiviti sihat ini.

Semoga kerja sama dari semua akan dapat mempertabatkan sukan lasak khususnya 4x4 menjadi sukan kegemaran rakyat Malaysia.

"BERSAMA KE ARAH RAKYAT MALAYSIA YANG SIHAT"

-Kundang.

1 ulasan:

GaGaK berkata...

dan terima kasih pada PAk Yunus aka Abang Kundang kerana ambik gambo yang gempak.

GLT Sebelah