Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 23 Disember 2009

Redah di Karnival IKTIRAF 2009











Pada 19-20 Disember 2009 yang lalu telah berlansung Karnival IKTIRAF 2009 Ikatan Hati Warga Felda di UiTM, Shah Alam dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Redah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut dengan penyertaan di gerai pameran.

Selain dari mengadakan pameran peralatan sukan lasak 4x4, Redah juga mengambil kesempatan untuk mempromosi JAMBOREE 1 Malaysia yang akan di adakan di Lata Meraung, Jerantut, Pahang pada 25-27 Disember 2009.

Terima kasih kepada pihak yang menjayakan penglibatan Redah di karnival tersebut.

-Kundang.

.

3 ulasan:

arena berkata...

haii. saya ade pegi ke karnival iktiraf. saya pergi ke booth redah4x4. gmba saya ada diambil tp tak dipapar kan. huhuhu. ape² pun saya dpt naik skjep pn da kire bertuah. thnks ! =DD

REDAH 4X4 CLUB berkata...

Maaf kerana masalah uploading gambar yang saya hadapi.
Boleh email saya untuk mengatahui saudara/saudari ni yang mana satu.
Saya cuba untuk membantu.
Email saya yunus@arb.com.my

orang jitra berkata...

Salam,minat juga bila melihat aktiviti-aktibiti yang dijalankan. Boleh beri saya keterangan bagaimana untuk menjadi ahli redah ni...Terima Kasih.