Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 23 Disember 2009

REDAH DI "HUJUNG MINGGU MALAYSIA" RTM1









Pada 19 Disember 2009 lepas, Kelab Redah sekali lagi melebarkan jaringan informasi medianya apabila dijemput oleh RTM untuk sama-sama melengkapkan jadual promosi JEMBOREE 1 MALAYSIA di dalam slot Hujung Minggu Malaysia TV1.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terbabit terutamanya pihak RTM, Naib Presiden Redah, Pak Kulim dan keluarga masing-masing yang meluangkan masa untuk menjayakan slot berkenaan.

Alhamdulillah Redah 4x4 Club akhirnya telah berjaya menembusi benteng media elektronik dan mula dikenali ramai sebagai sebuah pertubuhan sukan dan rekreasi 4x4 yang mementingkan aspek kekeluargaan, muhibbah, tolenrasi, kesefakatan dan yang penting sekali keperihatinan.

-Kundang.

.

Tiada ulasan: