Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 15 Disember 2009



GEGARAN TELAH BERMULA !!!!!!!!!

Mega Konvoi ke Lembah Kiol, Jerantut, Pahang

( 03 51degree 33.0 N, 102'52 E)


akan bermula di stesen minyak Petronas, sebelum toll Gombak.

Tarikh : 25hb Disember 2009-Hari Jumaat


Pendaftaran : pukul 8.00 pagi

Taklimat Konvoi : pukul 8.30 pagi

Konvoi bertolak : pukul 9.00 pagi


Peserta Konvoi terdiri daripada Pacuan 4 roda, Kereta Antik, Kereta Biasa & Super Bike Polis trafik Bukit Aman akan mengiringi convoy hingga ke tapak Jamboree.

Majlis perlepasan Konvoi akan dirasmikan oleh

Pak Lebah - selaku Presiden Redah 4x4

& Ketua Polis Trafik Bukit Aman


Pendaftaran telah pun bermula sekarang, sila hubungi :

HQ: Pak Rengas : 019 2739916

Zon Tengah : Pak Selangan 019 3366090

Zon Selatan : Keranji 016 6667997

Wakil Jerantut : Eddie 014 8484014

atau boleh terus berhubung dengan Keladi 012 3579218


Pastikan semua persiapan dan kenderaan anda dalam keadaan tip top.

SELAMAT BERKONVOI


1 ulasan:

Man Ghaira Ana berkata...

Selamat Berkonvoi dan Terus Maju...
Kewujudan Mata Untuk Melihat... Wujudnya Telinga Untuk Mendengar...
Wujudnya Akal Kesempurnaan Lahir Seorang Manusia...

Teruskan Bekerja Bangsa Melayu!!!
TAHNIAH!!