Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 25 November 2009

Konvoi ke Johor

Semua peminat 4x4 yang memiliki atau boleh membawa bersama kenderaan 4x4 ke Perhimpunan Terbesar kenderaan 4x4 yang akan di adakan pada 5 Dis 2009 di Johor Bahru nanti, anda adalah dipelawa untuk berkonvoi bersama rakan-raakan Redah yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 4 Dis 2009(Jumaat)
Tempat berkumpul : Hentian Rehat Serdang arah selatan
Masa : 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Pak Karas/Pak Rengas atau Pak Merbatu.
Borang penyertaan boleh didapati di JipAuto.

Pelawaan ini terbuka kepada semua tanpa mengira kelab atau persatuan atau orang-persaorangan.


BERSAMA MEMERTABATKAN SUKAN 4X4.

.

1 ulasan:

badshah berkata...

salam abang, nama saya faizal dari nilai n.sembilan. saya ingin mengikuti konvoi ke johor pada 4 disember ini tapi malangnya saya tiada borang. tolong bantu saya menyelesaikan masalah ini. wsalam. Faizal 019 3988997