Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 24 November 2009

Jemputan ke Perhimpunan Terbesar 4x4 di Malaysia.





Majlis Tindakan Perlancongan Negeri Johor dan Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor secara rasminya menjemput semua ahli Redah 4x4 Club untuk menyertai Perhimpunan Terbesar kenderaan 4x4 di Malaysia untuk dimasukkan ke Malaysia Guinness Book of Record bersempena dengan Johor International Rainforest Challenge 2009.

Tarikh : 5 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00am - 3.00 pm
Tempat : Sutera Mall, Johor Bahru.

Sila berhubung dengan Pak Leban untuk keterangan lanjut di 013-3415467

-Admin.

.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berbaloi ke kalau tuan-tuan mencurahkan bakti untuk menjayakan RFC 2009 sebagai petugas ? Dengan bayaran RM 1000 ++ tuan-tuan bertungkus lumus ber hardcore bak kata pepatah Jadi Lembu tapi Sapi dapat nama @ untung dgn mengenakan bayaran USD 1000 bagi setiap wartawan asing. Kaji betul-betul dalam laman web RFC dan fikir kenapa 4 wheeler Bukan melayu lembah kelang Terlalu sedikit dalam FRC yang lalu.Kerana mereka sedar akan "Manipulasi Tenaga ". Semoga manipulasi sesetengah pihak demi keuntungan mereka keatas kita dapat dibendung. Ayuh bangkit dan sedar lah wahai bangsa ku

ikhlas dari
4 x 4 Melayu

9w2YYB berkata...

Buat 4x4 Melayu...
Ada perkara yang saya setuju dan ada perkara yang saya tidak setuju secara peribadi pandangan Tuan tu.
Memiliki atau membeli 4x4 itu sendiri merupakan satu tindakan bodoh, bayar mahal-mahal, bawak barang tak seberapa, penggunaan 4x4 gearnya yang jarang-jarang dalam setahun dan kos minyak yang tak ekonomikal; 4x4 tak boleh dibandingkan dengan kenderaan biasa yg lain. Ada yg membeli 4x4 setakat untuk egoistik.
Itu belum masuk lagi aktiviti-aktiviti bodohnya...Syok sendiri dalam hutan..konon aku lah terer...akulah hardcore...menjahanamkan kereta....Pun tak ada siapapun yang nak sponsor....
Tetapi lelaki tetap dengan ego lelaki...tak kira berbayar atau tidak...
So..tak kiralah samada melalui RFC ke apa ke...kos tetap kena keluar...Itulah Sukan 4x4 yang tidak boleh dibandingkan dengan sukan lain.
Tapi kalau ingin turut serta merasai pengalaman dalam RFC, apa salahnya. Tak jahanamkan kereta kat RFC, dijahanamkan pulak kat tempat lain...
Mungkin tuan bolehlah cuba-cuba menganjurkan sukan macam RFC dimasa akan datang yang tidak menindas mana-mana pihak dan kami sedia membantu mana yang patut.

"4x4 tetap sukan yang merugikan"

Hanya pandangan peribadi...de Kundang.

Tanpa Nama berkata...

Tuan 9w2YYB !
Terima kasih atas panndangan peribadi tuan...Tekena balik kat aku.. Bodoh gak selama ni syok sendiri ber hard core dalam hutan dengan 4x4. Alhamdulilah kebelakangan ini sya agak kurang menjalani aktiviti 4x4 ,lebih-lebih lagi setelah sedar bahawa ada orang melayu kita mampu membayar lebih berbanding International Rainforest Challange.
Rujukan : Kursus Pemanduan 4x4 SUK Selangor Di Selancar Johor, Anjuran Wan Ten Adventure Team.
Utk pengesahan hubungi Pengurus Wan Ten Adventure Team, Saudara wan(019-35412100. Berbual lah dengan beliau dan sekiranya ada kesempatan sama-sama lah kita menjayakan program beliau yang rata-rata membayar kita sebanyak Rm 300 sehari. Ianya tak sebanyak mana untuk menampung kos kenderaan continental tuan, tapi ada lah nilai sikit kerja bodoh kita tu berbanding diperbodohkan oleh warga asing di RFC dengan bayaran Rm 100 sehari. Tuan ! biar sya bercerita sedikit disini kenapa sya bersikap negetive pada RFC sedangkann sya adalah 4 Wheeler.
Sya pernah mengikuti RFC dan ditugaskan untuk membawa 2 orang wartawan asing utk sepanjang RFC dari pada Flag Off sehingga penamat ( dalam 12 hari) Dua orang wartawan yang cukup berbeda karektor, yg seorang Dari negara Mr Bean, begitu ego lagaknya seperti penjajah dahulu kal , sering berkata " Is this the value that iam paying for USD 1000 ?" kerana T shirt kecik, kereta panas tak ada aircond, kenapa pakai yayar centiped size 31 dan macam-macam lagi kerenah nya.
Yang sorang lagi ialah wartawan miskin dari Denmark, tahu apa kasusahan dalam 4x4 dan amat terkejut dengan bayaran yg sya terima setelah beliau bersusah payah mencari penaja di negara beliau, utk membayar pada pihak RFC sebanyak USD 1000. Beliaulah yg mendetik minda sya untuk beralih arah dari RFC, bukan meminta bayaran untuk menampung sepenuhnya kos 4x4 yg 'Mahal'cukup sekadar yg berpatutan. Bayangkan USD 2000 x 3.8 campur peruntukan kementerian pelancungan & penaja penaja lain. Yang menjadi pengerak seluruh acara itu ialah kita-kita 4 Wheeler yg bodoh ni.....
Biarlah kita syok sendiri Ego dan bodoh main 4x4 dalam utan bersama kekawan yg bodoh gak tapi tak rela diperbodohkah oleh orang lain , siap dapat untung lagi orang tu....Akhir kata sya mohon maaf sekiranya ada kekasaran bahasa dalam tulisan sya ,insyallah jika ada umur panjang kita berjumpa di jambore Redah 4x4 di Jerantut pada 25,26,27 dis 09
(itu pon kalau sya dijemput....)
Salam..
D'Subang 4x4

9w2YYB berkata...

Terima kasih D'Subang 4x4 atas keperihatinan tuan terhadap nasib 4x4 bumi.
Mungkin tuan banyak pengalaman yang dapat dikongsi bersama dengan kami di Redah ni.
Kami di Redah rata-rata merupakan pendatang baru yang tidak terdedah lagi dengan kerenah dan muslihat alam 4x4. Apatah lagi untuk mencuba mencari pendapatan tambahan dalam 4x4.
Apa yang kami lakukan selama ini hanyalah syok sendiri semata-mata.
Terus-terang saya katakan...saya sendiri masih belum puas memandu, mengecas dan menjahanamkan 4x4.
Mungkin dah ada rakan Redah yang dah start sedar bila 4x4 sendiri dah lingkup.
Buat masa sekarang kami hanya ber4wheelin' hanya setakat untuk hobi.
Untuk projak Pak Wan (Wan10) kami sedia maklum. Cuma tak berani lagi nak 'himpit' orang lama. Takut dikata 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
Apa-apapun, biarlah masa yang menentukan bila kami semua ni boleh 'martured' dan bergerak dengan cara orang lama.
Untuk Jamboree, tuan dah termasuk dalam list jemputan. Sebab kami menjemput semua peminat-peminat 4x4 tak kira dia ada 4 wheel ke tidak.
Harapan saya, agar kita dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman di sana.

Salam Sejahtera untuk tuan sekeluarga.

Kundang.