Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 7 September 2009

Program Menyusur Akar Amal Ramadhan














































Gambar selanjutnya KLIK di sini.
Lagi Gambar, Klik Di Sini.

Pada 15 Ramadhan 1430H, bersamaan 5 Sept 2009 yang lalu, Kelab 4x4 Redah sekali lagi telah menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan satu program khidmat masyarakat terhadap golongan kurang berkemampuan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Program yang dikenali sebagai Menyusur Akar Amal Ramadhan itu memberi fokus kepada pengagihan barangan sumbangan ahli Kelab Redah 4x4 sendiri, badan korporat iaitu AmBank dan orang persaorangan kepada fakir miskin, ibu tunggal anak yatim dan orang yang kurang berkeupayaan di sekitar Kuala Selangor.

Kawasan pengagihan sumbangan ini membabitkan Malawati, Ijok dan Jeram.

Sebanyak 110 buah keluarga yang kebanyakannya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun menerima sumbangan tersebut iaitu Jeram 42 buah keluarga, Malawati 38 buah keluarga dan Ijok 30 buah keluarga.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terlibat dalam aktiviti kemanusiaan ini yang terdiri daripada ahli Kelab Redah 4x4, Puteri UMNO, kelab radio komunikasi, orang persaorangan dan keluarga masing-masing bagi mengagih barangan berupa bahan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain dengan menaiki jentera 4x4.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan lapar dan dahaga serta cuaca panas terik pada hari itu, namun semangat yang ditunjukkan oleh para peserta amat mengkagumkan.

Mungkin atas dasar keinsafan para peserta apabila melihat sendiri betapa di Negara kita yang serba makmur ini, masih ada lagi golongan yang kekurangan dalam serba serbi. Secakir senyuman dan linangan air mata para penerima bantuan ini sudah cukup untuk memberi keinsafan dan menyemarakkan semangat peserta.

Pengagihan yang bermula jam 9.00 pagi itu berlarutan sehingga ke pukul 5.00 petang dan beberapa program menyusur selepas itu.

Turut hadir di dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Hj Jahaya Ibrahim dan Ketua Puteri, Cik Zulimah Mukid.

Majlis berbuka puasa yang didahului dengan Tazkirah Ramadhan melengkapkan lagi program pada hari itu. Apa yang menariknya, juadah berbuka puasa yang berupa Nasi Ambeng telah disaji didalam dulang dan para peserta benar-benar menikmati juadah secara ‘jemaah’.

Program terakhir pada malam itu adalah solat sunat Tarawih dan witir sebelum jamuan more sebelum para peserta berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

Kelab Redah 4x4 ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam program tahunan ini terutamanya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor, AmBank Berhad, para sukarelawan, para penyumbang, pihak media dan yang utamanya ahli Kelab 4x4 Redah sendiri.



Terimakasih juga kepada Pergerakan Puteri UMNO kerana bertindak secara professional dengan tiada lansung menyentuih soal politik di sepanjang program tersebut walaupun merupakan sebuah pertubuhan politik. Ini sangat baik kepada Redah yang cuba bertindak secara ‘neutral’ melangkaui batasan politik.

Semoga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk meringankan bebanan saudara kita yang tidak bernasib baik ini.

-Kundang

.

1 ulasan:

Unknown berkata...

sekalung tahniah pada grup 4x4 redah. Saya ama teruja dengan kerjasama dan komitmen anda semua. Sampaikan avanza saya rasa macam dah jadi 4x4 pulak...
tahniah...