Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 25 Mei 2010

TRIP KE SG. PERTANG, GUNUNG AIS, Jerantut, Pahang.


Tarikh : 27-30 Mei 2010

Masa berkumpul : 11.30 malam (Hari Khamis malam Jumaat)

Tempat berkumpul : Stesen Petronas Gombak.

Makanan dan peralatan : Sendiri.


Aktiviti : Berkhemah di Sungai Pertang.

: 4 wheelin' ke Sangkar 3....balik hari.

:Memancing kelah.....


Yuran : Tak ada apa-apa yuran...


Kepada yang berminat nak join dan memiliki jentera dan peralatan sendiri...sila berhubung dengan Pak Perah 012-2744 9710 (Event Manager)


Admin.


.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Keladi ..saya baru dapat surat untuk event Putrajaya ..ni tengah nak luluskan kawasan lapang untuk camping dan geli2 Redah ...ok enjoy the kanival, 7 3 dari OL 136 Ledang