Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 17 Ogos 2010

PROJEK AMAL RAMADHAN 2010, 1431 HIJRAH.



Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Redah 4x4 , rakan kelab, sahabat handai,ahli keluarga dan pihak media yang dihormati.


Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, seperti tahun-tahun yang sebelumnya - Redah 4x4 ingin menjemput semua ahli, pihak Korporat dan orang perseorangan untuk bersama-sama bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan, fakir miskin, ibu tunggal,orang-orang tua , orang cacat anggota dan orang Asli.Semoga dengan sumbangan kita yang sedikit ini, Allah akan memberi kita keberkatan yang berkekalan.


Alamat Tempat berkumpul/ barang : Rumah Pak Pasak (Map) Lot 886 Kg. Sg. Kayu Ara

Tarikh : 4 hb September Pukul : 8.00 pagi

Lokasi tempat yang dituju : Kg Keliang, Kalumpang , Kg Chinggong, Bernam Hulu, Hulu Selangor.



Rumah Pak Pasak (Pengumpulan Barang)



Barangan yang diperlukan : Beras, Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Kopi / Teh, Kueh Raya ,Pakaian Baru dan Sumbangan Ikhlas Wang Tunai melalui akaun Maybank Redah 4x4.

No Akaun Maybank : 514338506028 (Redah 4x4club)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Merbatu : 016-2205422

Pasak : 019-2555040


Semoga segala sumbangan dan hasil usaha kita semua ini diberkati oleh Allah.

Disusun oleh Avacado & Keladi


Lata Berembun Trip

Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli Redah 4x4, rakan-rakan Redah, sahabat handai, ahli keluarga dan pihak media. Pihak Pengurusan Redah 4x4 ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan keberkatan untuk ahli, kaum keluarga , rakan-rakan dan Kelab Redah 4x4 supaya aktiviti yang kita jalankan dapat merapatkan siratulrahim sesama ahli dan membuka lembaran baru untuk kita bersatu bagi mencapai kejayaan di masa yang akan datang.

Berikut merupakan trip ke Lata Berembun, Raub ,Pahang yang disertai oleh 13 jalopy pada 7-8hb Ogos 2010 sebagai aktiviti penutup sebelum tibanya Ramadhan. Peserta yang terbabit menjayakan event – Merbatu, Marajali (SU),Tetebu, Lebah ( Presiden), Pelawan, Mengkulang, Resak, Leban, Keladi, Sarjan Piyang, Pajero dan beberapa rakan lain. Event telah berjalan lancar dimana YL Tetebu, Marajali & Pak Leban telah bergabung tenaga untuk menjadi Chef kepada peserta-peserta. Di sebelah malam, BBQ kambing, ayam, sotong paul dan berbagai makanan lain telah disediakan. Sebagai pencuci mulut, sebakul buah durian telah dibeli dan memberi kepuasan kepada peserta kali ini. Trip agak mencabar dengan keadaan laluan yang licin dan rut kesan tayar yang dalam. Semua peserta melepasi halangan ,tiba ke camp site dan balik ke rumah didalam keadaan selamat dan menyeronokkan.







Cabaran Menanti