Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4. Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio. Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan. Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.
Wasallam,
Presiden Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor
Rabu, 10 Februari 2010
DVD JAMBOREE REDAH 4X4 2009
DVD Jamboree Redah 4x4 2009 Edisi Terhad..(Full Video Covered)
tiada keluaran Kedua samada di pasaran tempatan maupun di pasaran antarabangsa. Sila hubungi Pak Meranti 019 3277447 dengan segera.
Menyatukan mana-mana individu yang berminat untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Memupuk semangat kesefahaman dan setiakawan dengan cara mewujudkan peluang untuk berinteraksi dalam program yang diadakan seperti perkhemahan di dalam hutan, merentas hutan, sukan mencari harta karun dan konvoi.
Membantu agensi kerajaan dalam menjayakan kempen mempromosikan negara seperti Tahun Melawat Malaysia, Cintai Alam Sekitar, Konvoi Merdeka dan lain-lain.
Melaksanakan kerja-kerja amal dan bantuan kemanusiaan seperti bantuan mangsa banjir, pengagihan barang-barang zakat, program bersama anak yatim dan sebagainya.
Meningkatkan pengatahuan ahli dalam pemanduan kenderaan secara konvoi, aspek teknikal kenderaan pacuan empat roda, pandu arah di dalam hutan serta penggunaan peralatan seperti kompas, peta dan 'Ground Positioning Satelite' GPS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan