Gambar seterusnya sila KLIK DI SINI
Pada 25 dan 26 Julai yang lalu telah berlansung satu pertempuran antara jentera dan pilot serta co-pilot sukan lasak 4x4.
Melaka yang menjadi lokasi pertempuran pada kali ini, menyambut kira-kira 35 penyertaan dari pelbagai kelab dan persaorangan yang mempamerkan kemahiran dan kecekapan tinggi dalam pengendalian sukan lasak ini.
Pada hari pertama, cabaran lebih kepada aspek teknikal dan kecekapan atau skill di setiap SS seperti 'mud-hole', penggunaan 'ground anchor','Winching' dan lain-lain.
Hari kedua peserta terpaksa bertanding mencabar masa dalam acara-acara 'race track', 'drift' dan 'mud hole'.
Pelbagai jentera 4x4 yang kebanyakannya telah diubahsuai mengisi cabaran dan seperti lazimnya penyertaan dari 'hard-core' sukan ini membariskan kelab-kelab seperti Geduut, Rawang 4x4, Scoreboard dan lain-lain.
Redah 4x4 Club turut berbangga kerana salah seorang peserta adalah ahli Redah sendiri iaitu En Mazlin atau Pak Tampoi bersama-sama dengan En. Choy Siong Jin menjulang nama Redah ke podium teratas setelah menjuarai keseluruhan acara.
Mungkin belum masanya lagi untuk Redah terlibat secara lansung dalam sukan ini dengan menghantar jenteranya sendiri. Namun perancangan ke arah itu tetap menjadi agenda utama kelab.
Apa yang penting adalah komitmen daripada ahli sendiri untuk melangkah ke arah itu.
Sekalung tahniah dari Redah 4x4 Club buat penyandang Juara Keseluruhan, Pak Tampoi dan En. Choy Siong Jin.
Juga tidak ketinggalan jutaan terimakasih buat ahli-ahli Redah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan padu sehingga kepada kejayaan rakan kita.
-Artikel oleh Kundang
-Foto oleh Dungun & Siti.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan