Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Ahad, 21 November 2010

AGM REDAH 4x4 ke 3 – Tahun 2010




AGM REDAH 4x4 ke 3 – Tahun 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua ahli keluarga REDAH, rakan-rakan, supporters, pihak Media dan pihak-pihak NGO yang pernah bekerjasama dengan REDAH 4x4. Untuk ahli REDAH yang sedang mengerjakan ibadat Haji, kita mendoakan agar mereka mendapat Haji yang mabrur, insya Allah.

Berikut ialah maklumat tambahan mengenai AGM ke 3 REDAH 4x4 yang akan diadakan di Teratak Riverview, Tg Malim pada 12hb Disember 2010 :

i) Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap jalopy yang berkhemah di tapak perkhemahan –

= RM 10.00 ( menggunakan khemah / campbed sendiri )

ii) Bagi peserta yang tidak membawa khemah sendiri, kadar sewa khemah + sewa tapak = RM 20.00

iii) Bagi mereka yang hendak menyewa chalet di Teratak Riverview, bolehlah terus membuat booking asap dengan menghubungi Tuan Hakim – 013 5335033 untuk tempahan. Sila nyatakan nama callsign REDAH 4x4 bagi mendapatkan rate RM 70.00 bagi setiap bilik.

Makanan akan disediakan untuk Ahli sahaja iaitu makan tengahari pada 12hb Disember. Bagi ahli keluarga yang mengikuti program, mereka bolehlah menyediakan sarapan sendiri ataupun membeli makanan dari kantin Teratak Riverview.

Selamat bersidang dan meningkatkan pencapaian kelab ke arah yang lebih cemerlang.

Ikhlas dari ;

Pk Lebah

Presiden REDAH 4x4