Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 27 Mei 2010

Jemputan Walimatul Urus Pak Kulim / Jaafar / 9W2MJ


Jemputan untuk semua....
Dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, Kelab 4x4 Redah mewakili Pak Kulim @ Muhammad Jaafar @ 9W2MJ ke Majlis Walimatul Urus puteri beliau yang akan di adakan seperti berikut;
Tarikh : 25-27 Jun 2010
Tempat : Komplek Rakan Muda, Kuala Pilah, N.S.
Penginapan : Disediakan secara percuma (dorm @ bilik)


SATU KONVOI JUGA SEDANG DIRANCANG OLEH JAWATAN KUASA REDAH UNTUK SAMA-SAMA KE KOMPLEK RAKAN MUDA KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN YANG AKAN DIADAKAN PADA 25hb JUN 2010 (JUMAAT) DAN SEMUA DIJEMPUT TURUT SERTA....


UNDANGAN TERISTIMEWA DI TUJUKAN KEPADA SELURUH KELUARGA REDAH DAN RAKAN-RAKAN KELAB LAIN SEPERTI;

- MARES
- PDRM 4x4
• LUBUKTREKKER
• KEMBARA SELANGOR
• ONETEN ADVENTURE SPORT
• PRADAS
• SCS
• X4 ADVENTURE
• RED ADVENTURE
• ASTRA
• ISRAQADVENTURE
• RUFFILATIFF MEDIAWORK
• AHLI MASJID KAYU ARA DAMANSARA
• PUSAT SUKAN DAN REAKRIASI UIA
• PUSAT SUKAN DAN KEBAJIKAN UNIT PERANCANGAN PUTRAJAYA
• PERSEORANGAN YANG MENGENALI ATAU TIDAK JUGA DI PELAWA....


KEPADA RAKAN-RAKAN YANG INGIN MENYERTAI KONVOI , SILA BERHUBUNG DENGAN JAWATAN KUASA DI BAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT;


EVENT MANAGER : EN ZULYADIN (LEBAN) AJK KEAGAMAAN & KEBAJIKAN (013-3415467)

CONVOY ORGANISER : EN NASRUDDIN (TEBU) AJK PERHUBUNGAN DAN SIARAYA (019-3037312)


ATURCARA

25hb JUN 2010


5.00pm :Berkumpul dihentian rehat Serdang menghala selatan
5.45pm Taklimat convoy (petugas leban & tebu)
6.30pm : Convoy bertolak ke Komplek Rakan Muda Kuala Pilah N.S
8.00pm : Di jangka tiba

8.15pm Pendaftaran penginapan
marhaban dan berzanji
8.45pm : Makan kenduri
10.00pm : Acara santai ahli dan keluarga


26hb JUN 2010


8.00am : Sarapan dan acara sendiri
12.00pm : Makan kenduri
2.00pm : Selesai acara sendiri ( kepada yang mahu pulang dipersilakan)
8.00pm : Makan kenduri/BBQ
10.00pm : Acara santai ahli dan keluarga.


27hb JUN 2010


8.00am : Sarapan dan acara sendiri
12.00pm : Check out dan acara selesai keseluruhan



AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


MERBATU :PENASIHAT
LEBAH/KULIM :PENAUNG
MARAJALI :SETIAUSAHA PROGRAM
LEBAN/DUNGUN :EVENT MANAGER PROGRAM
TEBU/AP12 :CONVOY ORGANISER

Selasa, 25 Mei 2010

TRIP KE SG. PERTANG, GUNUNG AIS, Jerantut, Pahang.


Tarikh : 27-30 Mei 2010

Masa berkumpul : 11.30 malam (Hari Khamis malam Jumaat)

Tempat berkumpul : Stesen Petronas Gombak.

Makanan dan peralatan : Sendiri.


Aktiviti : Berkhemah di Sungai Pertang.

: 4 wheelin' ke Sangkar 3....balik hari.

:Memancing kelah.....


Yuran : Tak ada apa-apa yuran...


Kepada yang berminat nak join dan memiliki jentera dan peralatan sendiri...sila berhubung dengan Pak Perah 012-2744 9710 (Event Manager)


Admin.


.

Khamis, 13 Mei 2010

Sticker Redah baru untuk dijual


1. Sticker Bulat - RM18.00
2. Sticker windscreen kereta -RM20.00
Ciri-ciri:
Lebih tahan lama berbanding yang terdahulu dengan fully glossy laminated bagi mengelakkan kesan calar.
Setiap pembelian akan memberi imbuhan kepada akaun kelab.
Kepada yang berminat, sila hubungi En Nasruddin a.k.a. TEBU di talian 012-2743814.
-Admin.