Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 27 Januari 2010

BAKTI DISEMAI, BUKTI DITUAI…


Pada 25-27 Disember 2009 yang lalu, Kelab Redah dengan sokongan Majlis Perbandaran Jerantut, Middle Earth, Red Adventure, Kelab Kembara Selangor, Lubuk Trekker, PDRM, orang persaorangan, media dan agensi kerajaan lain telah berjaya merealisasikan Jamboree 1 Malaysia Redah di Lembah Kiol, Lata Meraung, Jerantut, Pahang.

Pelbagai maklum-balas dan ucapan tahniah yang diterima oleh Redah, yang secara majoritinya berpuas hati dengan program yang julung kalinya dianjurkan oleh Redah melalui titik peluh serta penat jerih yang disumbangkan oleh ahli-ahli yang terbabit.

Tidak kurang juga pelbagai kritikan dan sindiran pedas yang hampir-hampir merudum kegembiraan dan semangat berkobar-kobar ahli-ahli Redah. Namun itulah realitinya apa yang terjadi kepada kebanyakan persatuan, pertubuhan atau kelab di Malaysia.

Terpulang kepada ahli-ahli Redah terbabit samada mahu menerima segalanya ini sebagai sesuatu yang positif atau sebaliknya.

Apa yang harus diingat, apabila sudah berpersatuan, segala tindak tanduk haruslah mengikut acuan melalui akta serta undang-undang kecil persatuan. Persatuan bukanlah milik individu atau orang-orang tertentu. Ianya hak bersama seluruh ahli tanpa mengira ahli lama ataupun ahli baru.

Bak kata pepatah, Bakti disemai, Bukti dituai, setelah berpenat-jerih menjayakan Jamboree 1 Malaysia Redah tempohari, Kelab 4x4 Redah sekali lagi dipelawa oleh Majlis Daerah Jerantut melalui Tuan Yang Dipertua, Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Ali untuk sama-sama menganjurkan MERDEKA INTERNATIONAL CHALLENGE bersempena dengan Bulan Merdeka 2010.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Jerantut yang sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama kepada Redah untuk sama-sama mempromosi aktiviti eco-perlancongan dan sukan lasak 4x4.

Sekali lagi program ini bakal menjadi suatu cabaran yang besar bagi menguji kekuatan fizikal dan mental serta semangat setia kawan antara ahli-ahli Redah sendiri. Di samping mengharapkan sokongan dan dorongan dari agensi kerajaan, kelab dan pertubuhan lain serta peminat-peminat 4x4, kejayaan program kali ini hanya dapat dinilai setelah ahli Redah sendiri memberikan komitmen dan kerjasama yang padu.

Tepuk dada, tanya selera, jikalau gunung-ganang sanggup didaki, hutan rimba sanggup diredahi……Sanggupkah kita sama-sama menyahut cabaran untuk menganjurkan program Merdeka International Challenge kali ini?


-Administrator.

..


Rabu, 13 Januari 2010

Jamboree Redah 4x4 1 Malaysia 2009 @ Lembah Kiol's Highlight Part II

"Terima kasih kepada semua para peserta, AJK Jamboree Redah, AJK Induk Jamboree, Sukarelawan, Anggota Rela, Majlis Daerah Jerantut,Middle Earth, Pihak Polis Trafik, JPA, Penaja, Media dan pada semua yang terlibat yang telah menjayakan program Jamboree dengan jayanya, semoga berjumpa lagi di Jamboree 2010 di masa akan datang." Event manager



Video Highlight Prepared by RFmediaworks

Isnin, 11 Januari 2010

Perasmian Taman Cabaran, Putrajaya.














Pada 9-10 Januari 2010 baru-baru ini telah berlangsung satu program kesukanan yang melibatkan aktiviti-aktiviti extreme seperti BMX, MTB, Skateboard, Rollerskate dan lain-lain yang berlangsung di Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya.

Program bagi mengisi Majlis Perasmian Taman Cabaran itu turut disertai oleh Kelab 4x4 Redah sebagai memenuhi jemputan rasmi dari pihak penganjur iaitu Perbadanan Putrajaya.

Redah yang turut diiringi oleh kelab-kelab 4x4 lain seperti Kelab Kembara 4x4 Selangor dan Lubuk Trekker telah sama-sama memeriahkan dan menunjukkan sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti sukan lasak yang diadakan.

Pihak jawatan kuasa tertinggi Redah 4x4 Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas jemputan rasmi dari Perbadanan Putrajaya dan juga kepada kelab-kelab 4x4 lain yang turut sama memeriahkan program dan aktiviti sihat ini.

Semoga kerja sama dari semua akan dapat mempertabatkan sukan lasak khususnya 4x4 menjadi sukan kegemaran rakyat Malaysia.

"BERSAMA KE ARAH RAKYAT MALAYSIA YANG SIHAT"

-Kundang.

Selasa, 5 Januari 2010

Majlis Perasmian Taman Cabaran Putrajaya

Semua ahli Redah adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan Majlis Perasmian Taman Cabaran Putrajaya yang akan berlansung selama 2 hari 9-10 Januari 2010.

Pelbagai acara tersedia kepada pengunjung sepanjang program tersebut berlansung.

Pihak Redah sendiri akan mengadakan booth pameran berkaitan aktiviti kelab Redah.

Pada 10 Jan 2010 (Ahad) pihak Redah akan menyertai konvoi 4x4 sekitar Putrajaya bagi memenuhi undangan pihak penganjur untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian tersebut.

Untuk itu pihak Redah amat mengalu-alukan rakan-rakan semua untuk memenuhi kuota sebanyak 40 buah kenderaan 4x4.

Kepada yang berminat sila berhubung dengan Tetebu di talian : 012-274 38143

-Admin