Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 23 Disember 2009

Pemberitahuan : Jamboree 4x4 1 Malaysia

Kepada semua peminat-peminat 4x4, ahli-ahli kelab atau pertubuhan, agensi kerajaan, badan berkanun, NGO, media dan orang persaorangan, Kelab 4x4 Redah dengan rasa rendah diri ingin menjemput ke Jamboree 4x4 1 Malaysia yang akan dia adakan seperti berikut;

Tarikh : 25 hingga 27 Disember 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat : Lata Meraung, Jerantut, Pahang.

Keperluan adalah seperti berikut;

Bayaran Pendaftaran : RM 30/kereta.
Makanan: Pihak Redah hanya menyediakan makanan malam Sabtu malam Ahad.
Tempat tinggal: Sila bawa khemah sendiri. Lokasi perkhemahan disediakan.
Kenderaan: Semua jenis kenderaan boleh dibawa ke lokasi perkhemahan.
Pakaian: Pakaian yang sesuai untuk aktiviti riadah dan pakaian solat.Justify Full

Konvoi KL ke Jerantut:
Sila berada di Petronas sebelum tol Gombak pada jam 8.00 pagi. Konvoi akan bergerak tepat jam 9.00 pagi di iringi oleh 15 anggota PDRM dari Bukit Aman.
Ketua Konvoi : PDRM

Sumbangan Ikhlas:
Kepada semua ahli Redah, pihak korporat dan orang persaorangan adalah dialu-alukan untuk sama-sama menyumbang barangan berupa hadiah dengan sebarang nilai untuk digunakan sebagai hadiah pertandingan/sukan kanak-kanak. Barangan bolehlah dibawa terus ke lokasi Jamboree.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pak Rengas (019-2739916) atau Pak Kundang (017-6164522)

-Kundang.

.

Redah di Karnival IKTIRAF 2009











Pada 19-20 Disember 2009 yang lalu telah berlansung Karnival IKTIRAF 2009 Ikatan Hati Warga Felda di UiTM, Shah Alam dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Redah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut dengan penyertaan di gerai pameran.

Selain dari mengadakan pameran peralatan sukan lasak 4x4, Redah juga mengambil kesempatan untuk mempromosi JAMBOREE 1 Malaysia yang akan di adakan di Lata Meraung, Jerantut, Pahang pada 25-27 Disember 2009.

Terima kasih kepada pihak yang menjayakan penglibatan Redah di karnival tersebut.

-Kundang.

.