Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 26 November 2009

Selamat Hari Raya Idul Adha1430H



Pihak Jawatan Kuasa Redah 4x4 Club dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha 1430H maaf zahir dan batin.

Kepada yang memandu, berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang.

Kepada yang terlibat dengan aktiviti korban, hati-hati supaya tidak ditanduk lembu/kerbau.


Selamat Hari Raya

-Admin
.

Rabu, 25 November 2009

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Pak Kelat

Semua ahli Redah, rakan-rakan 4x4 dan orang -persaorangan adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan

majlis Perkahwinan Pak Kelat atau Ahmad Hannan bin Baharuddin

dengan

Wan Salasiah binti Wan Abdul Rahman

Tarikh : 6 Dis 2009(Ahad)
Masa : 12.00-4.00 petang
Tempat : Lot 9400/1, Kg Bukit Bota, 28100, Chenor, Pahang.

Talian Maklumat;
09-299 5378
013-944 7312
016-943 0654

.

Konvoi ke Johor

Semua peminat 4x4 yang memiliki atau boleh membawa bersama kenderaan 4x4 ke Perhimpunan Terbesar kenderaan 4x4 yang akan di adakan pada 5 Dis 2009 di Johor Bahru nanti, anda adalah dipelawa untuk berkonvoi bersama rakan-raakan Redah yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 4 Dis 2009(Jumaat)
Tempat berkumpul : Hentian Rehat Serdang arah selatan
Masa : 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Pak Karas/Pak Rengas atau Pak Merbatu.
Borang penyertaan boleh didapati di JipAuto.

Pelawaan ini terbuka kepada semua tanpa mengira kelab atau persatuan atau orang-persaorangan.


BERSAMA MEMERTABATKAN SUKAN 4X4.

.

Selasa, 24 November 2009

STARHILL 4X4 CHALLANGE, TASIK KENYIR ANJURAN GEDUUT 4X4

Timbalan Presiden REDAH 4X4

Pada 21 dan 22 November 2009, satu lagi 4x4 Challange telah berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu. GEDUUT 4X4 adalah kelab tempatan yang bertanggungjawab menjayakan event berprestij ini untuk kali ke-6nya. Sememangnya, STARHILL 4X4 CHALLANGE ini sudah tidak asing bagi peminat 4x4 daripada kelab dan persatuan 4X4 di Malaysia mahupun individu.
Acara yang di sambut dengan hujan yang tidak henti sepanjang 2 hari pertandingan ini menambah lagi cabaran bagi 26 peserta yang menyertai antaranya, GEDUUT 4X4, BELANTARA, RAWANG 4X4, KEPONG 4X4, SCOREBOARD TV3, dan ACKL 4X4. Sambutan daripada individu dan kelab 4x4 dari seluruh Malaysia juga dilihat amat membanggakan. 10 Trek SS semulajadi yang mencabar selain keindahan Tasik Kenyir menambah tarikan kepada acara ini. Keseluruhan peserta dilihat puas dengan cabaran STARHILL 4X4 dan sekalung tahniah buat penganjur event GEDUUT 4X4 yang bertungkus lumus untuk memastikan event ini berjalan lancar.
-Dungun-























Jemputan ke Perhimpunan Terbesar 4x4 di Malaysia.





Majlis Tindakan Perlancongan Negeri Johor dan Kelab Rentas Kembara 4x4 Johor secara rasminya menjemput semua ahli Redah 4x4 Club untuk menyertai Perhimpunan Terbesar kenderaan 4x4 di Malaysia untuk dimasukkan ke Malaysia Guinness Book of Record bersempena dengan Johor International Rainforest Challenge 2009.

Tarikh : 5 Dis 2009 (Sabtu)
Masa : 11.00am - 3.00 pm
Tempat : Sutera Mall, Johor Bahru.

Sila berhubung dengan Pak Leban untuk keterangan lanjut di 013-3415467

-Admin.

.

MESYUARAT TEKNIKAL PROGRAM JAMBOREE REDAH 1 MALAYSIA

Semua ahli REDAH dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Teknikal 'JAMBOREE REDAH 1 MALAYSIA ' seperti butiran di bawah ;

Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Mastiara

Masa : 8.30 Malam

Tarikh : 24hb November 2009

Semua yang hadir akan dipilih sebagai sub committee program ,kehadiran dan kerjasama yang diberikan akan menyatu padukan ahli REDAH sebagai kelab yang berwawasan dan maju ke hadapan.

Keladi
Pengerusi Program Jamboree REDAH 1 Malaysia

Isnin, 23 November 2009

AKAN DATANG :: Jamboree Redah 4x4 Club 1 Malaysia di LEMBAH KIOL, LATA MERAUNG, JERANTUT

Double click to enlarge picture

Double click to enlarge picture

kawasan air terjun Lata Meraung


Antara pemandangan air terjun Lata Meraung



Air terjun yang masih terpelihara