Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 29 September 2009

MAJLIS PENGHARGAAN PENGGIAT PELANCONGAN & RUMAH TERBUKA HARI RAYA LIBUR 2009


Salam, saya wahida musa, wartawan LIBUR bagi pihak majalah LIBUR ingin menjemput dato/datin/tuan/puan/cik ke:

MAJLIS PENGHARGAAN PENGGIAT PELANCONGAN & RUMAH TERBUKA HARI RAYA LIBUR 2009

Untuk maklumat lanjut atau pengesahan kedatangan, sila hubungi our brand marketing ( AIE) 012- 685 3723 atau our editor 012 3600 148 (En Azli Halim),


Thanks


.

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H



Jawatan kuasa Kelab 4x4 Redah dengan penuh Takzim, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidul Fitri buat semua ahli Redah, keluarga, sahabat-sahabat yang mengenali Redah baik dari kelab-kelab 4x4 selain Redah atau orang persaorangan, peminat-peminat 4x4, para pendokong aktiviti amal dan kemanusiaan dan para pelawat blog kami ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan kepada badan kerajaan yang pernah terlibat dengan aktiviti bersama Redah, pihak NGO, badan sukarelawan, pihak media yang menyokong aktiviti kami.

Bagi yang memandu ke destinasi masing-masing, sila pastikan keselamatan diutamakan.

Selamat Hari Raya
Aidil Fitri

Maaf zahir batin.



-Jawatankuasa Kelab 4x4 Redah
.

Isnin, 7 September 2009

Program Menyusur Akar Amal Ramadhan














































Gambar selanjutnya KLIK di sini.
Lagi Gambar, Klik Di Sini.

Pada 15 Ramadhan 1430H, bersamaan 5 Sept 2009 yang lalu, Kelab 4x4 Redah sekali lagi telah menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan satu program khidmat masyarakat terhadap golongan kurang berkemampuan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Program yang dikenali sebagai Menyusur Akar Amal Ramadhan itu memberi fokus kepada pengagihan barangan sumbangan ahli Kelab Redah 4x4 sendiri, badan korporat iaitu AmBank dan orang persaorangan kepada fakir miskin, ibu tunggal anak yatim dan orang yang kurang berkeupayaan di sekitar Kuala Selangor.

Kawasan pengagihan sumbangan ini membabitkan Malawati, Ijok dan Jeram.

Sebanyak 110 buah keluarga yang kebanyakannya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun menerima sumbangan tersebut iaitu Jeram 42 buah keluarga, Malawati 38 buah keluarga dan Ijok 30 buah keluarga.

Seramai lebih kurang 100 orang yang terlibat dalam aktiviti kemanusiaan ini yang terdiri daripada ahli Kelab Redah 4x4, Puteri UMNO, kelab radio komunikasi, orang persaorangan dan keluarga masing-masing bagi mengagih barangan berupa bahan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain dengan menaiki jentera 4x4.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan lapar dan dahaga serta cuaca panas terik pada hari itu, namun semangat yang ditunjukkan oleh para peserta amat mengkagumkan.

Mungkin atas dasar keinsafan para peserta apabila melihat sendiri betapa di Negara kita yang serba makmur ini, masih ada lagi golongan yang kekurangan dalam serba serbi. Secakir senyuman dan linangan air mata para penerima bantuan ini sudah cukup untuk memberi keinsafan dan menyemarakkan semangat peserta.

Pengagihan yang bermula jam 9.00 pagi itu berlarutan sehingga ke pukul 5.00 petang dan beberapa program menyusur selepas itu.

Turut hadir di dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Hj Jahaya Ibrahim dan Ketua Puteri, Cik Zulimah Mukid.

Majlis berbuka puasa yang didahului dengan Tazkirah Ramadhan melengkapkan lagi program pada hari itu. Apa yang menariknya, juadah berbuka puasa yang berupa Nasi Ambeng telah disaji didalam dulang dan para peserta benar-benar menikmati juadah secara ‘jemaah’.

Program terakhir pada malam itu adalah solat sunat Tarawih dan witir sebelum jamuan more sebelum para peserta berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

Kelab Redah 4x4 ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam program tahunan ini terutamanya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor, AmBank Berhad, para sukarelawan, para penyumbang, pihak media dan yang utamanya ahli Kelab 4x4 Redah sendiri.



Terimakasih juga kepada Pergerakan Puteri UMNO kerana bertindak secara professional dengan tiada lansung menyentuih soal politik di sepanjang program tersebut walaupun merupakan sebuah pertubuhan politik. Ini sangat baik kepada Redah yang cuba bertindak secara ‘neutral’ melangkaui batasan politik.

Semoga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk meringankan bebanan saudara kita yang tidak bernasib baik ini.

-Kundang

.

Rabu, 2 September 2009

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN 2009



Anjuran Bersama:
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR
DAN
KELAB REDAH 4 X 4


Tarikh: 5 Sept 2009 (Sabtu)
Masa: 10 pagi

Tempat: Dataran TESCO Kuala Selangor



ATURCARA PROGRAM

5/9/2009 (SABTU)



10.00 pagi -Talimat Program oleh Kelab Redah 4 x 4

- Konvoi Pengagihan Bantuan

5.00 ptg -Berkumpul di Dewan UMNO Bahagian
5.30 ptg -Ucapan aluan setiausaha puteri
-Ucapan Ketua Puteri
-Ucapan Presiden Kelab Redah 4 X 4
-Ucapan Haji Jahya Ibrahim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor
-Tazkirah bulan Ramadhan oleh Imam Tanjung Karang

7.15 mlm -Persediaan berbuka
7.45 mlm -Solat Maghrib
-Tazkirah

8.50 mlm -Solat Isyak
-Solat Terawih
-Mohre

10.00 mlm -Majlis Bersurai


Maklumat Tambahan Pilot Redah

Tempat berkumpul : Tapak Pasar Rakyat Paya Jaras

Masa berkumpul : Jam 8.30 pagi

Pakaian : F1 Redah/ T-shirt Redah

Pakaian lain: Baju sesuai untuk solat terawih

Lain-lain : Bawa sejadah sendiri takut tak mencukupi.

Kehadiran dialu-alukan sangat mengikut persetujuan dari ketua kumpulan yang telah membuat pengesahan melalui talipon. Yang ad-hoc boleh menyertai dan ditentukan kumpulan kelak

Makluman kawasan pengagihan zakat:

a. Ijok - 30 rumah
b. Jeram - 42 rumah
c. Melawati - 38 rumah


Ketua Kumpulan:

Kumpulan Alpha - Antoi - Jeram
Kumpulan Bravo - Ketapang - Jeram
Kumpulan Charlie - Tembusu - Jeram
Kumpulan Delta - Perah - Ijok
Kumpulan Echo - Resak - Ijok
Kumpulan Foxtrot - Jongkong - Melawati
Kumpulan Golf - Bentangau - Melawati



Terima kasih

-Leban

.