Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Kelab 4x4 Redah ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia bagi tahun 1430 Hijrah kali ini.

Pada bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak ini, sama-samalah kita menginsafi diri bahawa sesungguhnya keamanan dan kebahagiaan yang kita sama-sama kecapi di negara bertuah ini membolehkan kita melakukan segala aktiviti yang kita mahukan samada sukan, riadah, kebajikan dan keagamaan.

Semoga Ramadhan kali ini merupakan suatu permulaan yang baik bagi kita sama-sama merapatkan lagi hubungan atau ukhwah kita sesama sahabat semua.

Tiada apa yang lebih berharga dari ikatan silaturRahim sesama kita.

-Pentadbiran.

.

Rabu, 19 Ogos 2009

Selamat Menimang Cahayamata Pertama

Pihak Redah 4x4 Club ingin mengucapkan Selamat Menyambut Cahaya mata Pertama buat En Alif atau Palma semoga kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini akan lebih diserikan dengan keletah orang ke tiga dalam keluarga.

Selamat menjadi keluarga besar Redah buat Fatin Nuraleesya Qaisara yang telah dilahirkan jam 2032H, 17 Ogos 2009 di Hospital Putra Jaya.

-Kundang

.

Selasa, 18 Ogos 2009

Wishing Well Weekend - Lata Berembun

All of us are born for a reason, but all of us don't discover why. Success in life has nothing to do with what you gain in life or accomplish for yourself. It's what you do for others. ~Danny Thomas



That was the quote I wrote in the certificate that was given to those who participated in Hazim's Family Day. Simple , sweet and yet very touching.. at least to me :)

Alhamdulillah, all praise to the Almighty, the event went well. The purpose was very simple, to fulfill Adik Hazim's wish to go to the waterfall. As I wrote earlier in this blog, I am a person who believes, every child has the right to have a happy and enjoyable life despite of anything. Happiness is a thing that can not be measured. InsyaAllah, I really hoped that Adik Hazim & his family really enjoyed the camping trip that we had last weekend to Lata Berembun, Bentong, Pahang.

The camping trip was an event full of love and care. Those who participated were actually given a last minute notice. My apologies, but making programme with a childhood cancer patient, all decisions can only be finalised depending on his health condition. Regardless the last minute notice, everyone were great. I really LOVE all of you. May Allah bless you.

A friend flown in from Bangkok, a childhood friend who volunteered to be a photographer, Redah 4x4 that I have not known earlier.. and of course this would not have happened if a dear friend of mine did not call me up on that particular night, asking me to write a letter to Redah 4x4. Syukur Alhamdulillah, all went well.

Adik Hazim said "sekali sekala macam ni seronok" , enjoying every moment with his family and friends ( new friends I woud say ). We went to waterfall, played Saidina and UNO, had bar-b-que and the most of all... we had FUN!!

My hope is, Adik Hazim and his family managed to leave behind their worriness, their fear and their sadness during this trip. Nothing more I wished for except to see them laugh and smile. I believe my wishes came true. I saw them laugh. In fact, Adik Hazim was with me most of the time, and Allah gave me a precious gift.. seeing Adik Hazim laughing and giggling. Sweet :)

His fight against Hodgkin Lymphoma continues. He will undergo a Radiotherapy session, most probably in September.

To Redah 4x4, you guys are GREAT, FUNNY and I definitely will look for you again. To my 3 dear friends, I love you and thank you for supporting me.

To others who endlessly giving me support, you are superb.

May Allah bless you all. InsyaAllah..


SISIPAN DARI WEBSITE Wishing Well Programme


.

PROGRAM AMAL RAMADHAN


Selamat menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ahli Redah 4x4, peminat-peminat 4x4, warga kelab selain Redah, ahli keluarga, para sahabat Redah, penyokong yang setia, pengkritik yang setia dan kepada semua umat Islam yang melayari blog kami ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, dengan kedatangan Ramadhan ini, Redah 4x4 Club akan menganjurkan Program Sumbangan Amal Ramadhan bagi membantu golongan kurang bernasib baik, fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal agar golongan ini akan dapat bersama-sama menyambut kehadiran Ramadhan dan Syawal dengan penuh keceriaan..

Program pada tahun ini telah dirancang akan diadakan di sekitar Kuala Selangor dengan penyertaan bersama oleh Puteri UMNO Kuala Selangor.

Walaupun program kali ini turut disertai oleh badan politik, namun golongan sasaran projek ini melangkaui fahaman politik dan Redah 4x4 Club sama sekali tidak akan cenderung untuk condong kepada mana-mana politik kepartian.

Apa yang akan dilakukan ini semata-mata untuk mendapat ganjaran yang lebih besar dari Allah S.W.T.

Kepada ahli Redah, ahli mana-mana kelab selain Redah, orang persaorangan yang ingin menghulurkan sumbangan atau/dan ingin turut serta dalam program ini, bolehlah menghubungi mereka yang terbabit seperti di bawah.

Berikut adalah serba sedikit maklumat tentang Program ini:


TARIKH:15 Ramadhan 1430H (Sabtu, 5HB September 2009)

LOKASI: KUALA SELANGOR

ANJURAN:
REDAH 4 X 4 & PUTERI UMNO KUALA SELANGOR

PERASMIAN:
KETUA BAHAGIAN UMNO KUALA SELANGOR

MAJLIS BERBUKA PUASA:
KOMPLEK UMNO KUALA SELANGOR ANJURAN PUTERI UMNO

SHOLAT TERAWIH:
KOMPLEK UMNO KUALA SELANGOR ANJURAN PUTERI UMNO

KAWASAN AGIHAN ZAKAT:

IJOK- 30 RUMAH

JERAM- 40 RUMAH

MELAWATI-30 RUMAH

KETUA KUMPULAN AJK BIRO KEBAJIKAN

IJOK
- PERAH 15 RUMAH – 5++ AHLI
- RESAK 15 RUMAH – 5++ AHLI

JERAM
- ANT0I 13 RUMAH – 5++ AHLI
- KETAPANG 13 RUMAH – 5++ AHLI
- PASAK 14 RUMAH – 5++ AHLI

MELAWATI
- JONGKONG 15 RUMAH – 5++ AHLI
- LEBAN 15 RUMAH – 5++ AHLI


SUMBANGAN/ZAKAT/SEDEKAH :

AHLI REDAH – BARANGAN NILAI RM100.00

INDIVIDU - BARANGAN & DUIT

SYARIKAT - BARANGAN & DUIT

TEMPAT PENGUMPULAN:
JIB AUTO TAMAN MASTIARA (PAK RENGAS) & RESTORAN NASI AMBANG TAMAN MAS TIARA (PAK ZACK)

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERAHAN BOLEH MENGHUBUNGI NO. TELIPON BERIKUT:

PAK LEBAN : 013-3415467
PAK KETAPANG : 012-2977955
PAK PASAK : 019-2555040
PAK PERAH ; 012-2749710
PAK JONGKONG : 019-2607864
PAK ANTOI : 012-3057959
PAK RESAK : 019-6665857
PAK BENTANGAU : 019-2692485

Selasa, 4 Ogos 2009

Program Amal Impian


Satu Program 4 Wheelin’ Kebajikan akan diadakan minggu depan di Lata Berembun, Raub, Pahang bagi merealisasikan impian saudara kita yang tidak berapa bernasib baik yang teramat-amat bercita-cita untuk merasai dan menikmati aktiviti luar yang mana ianya merupakan suatu aktiviti yang mustahil baginya.

Muhammad Hazim, 15 tahun, mengidap penyakit lukiemia berimpian untuk berkhemah, bermalam dan mandi di air terjun dan merupakan suatu impian yang telah lama dipendamnya selama ini.

Mohon ehsan mana-mana ahli kelab Redah 4x4 yang berkesempatan untuk merealisasikan impiannya bersama-sama keluarganya.


Tarikh : Sabtu 8hb Ogos hingga Ahad 9hb Ogos 2009

Masa Bertolak : Jumaat 11.00 tengah malam.

Lokasi Impian : Lata Berembun

Sukarelawan : 12 orang

Kenderaan 4x4 : 6 buah diperlukan

Makanan : Disediakan


Mohon ahli kelab bersedia membantu menyediakan kenderaan untuk merealisasikan impian adik Hazim secara amal tanpa bayaran.

Sila berhubung dengan Pak Perah (012-2749710) untuk keterangan lanjut.

Al-Fatihah buat Pak Kempas


Seluruh warga Redah 4x4 Club, Supporter, rakan-rakan dan orang persaorangan ingin mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh keluarga abang Zainal atau Pak Kempas atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada jam 10.15 pagi, 4 Ogos 2009.

Sesungguhnya jasa beliau dalam mengumpul rakan-rakan peminat 4x4 sehingga tertubuhnya Kelab X-Kisah Adventure Team seterusnya menjadi Presiden pertama tidak akan terpadam dari ingatan kami.

Kesinambungan dari Kelab X-Kisah Adventure Team maka tertubuhlah Redah 4x4 Club dan arwah terus meneruskan penglibatan beliau menggunakan callsign yang sama iaitu Pak Kempas.


Semoga roh beliau akan sentiasa berada di dalam ke-Rahmatan Allah S.W.T.

Al-Fatihah.....


.

Isnin, 3 Ogos 2009

Trip Santai ke Sg Mas, Johor.




Photo dari website Puma 4x4 Club Melaka.

Satu trip santai akan diadakan untuk membawa bersama pemenang-pemenang pertandingan karaoke yang berlangsung di Karnival Go Youth tempohari.
Trip akan di adakan seperti berikut.

Tarikh : 7-9 Ogos 2009
Tempat : Sg Mas, Johor.

Masa berlepas : 3.00 pm, 7 Ogos 2009.

Tempat berkumpul : Shell selepas tol Sg Besi.


Event Manager : Keranji (016-6667997)

Pembantu am rendah : Meranti (019-3277447)


Kepada ahli Redah dan bukan Redah yang berkelapangan dan ingin turut serta, sila berhubung dengan Keranji atau Meranti.
Sila pastikan setiap kenderaan mempunyai ruang untuk membawa para peserta.

-Kundang.

.

Ahad, 2 Ogos 2009

Silverstone 4x4 Jamboree



















Gambar seterusnya sila KLIK DI SINI


Pada 25 dan 26 Julai yang lalu telah berlansung satu pertempuran antara jentera dan pilot serta co-pilot sukan lasak 4x4.

Melaka yang menjadi lokasi pertempuran pada kali ini, menyambut kira-kira 35 penyertaan dari pelbagai kelab dan persaorangan yang mempamerkan kemahiran dan kecekapan tinggi dalam pengendalian sukan lasak ini.


Pada hari pertama, cabaran lebih kepada aspek teknikal dan kecekapan atau skill di setiap SS seperti 'mud-hole', penggunaan 'ground anchor','Winching' dan lain-lain.


Hari kedua peserta terpaksa bertanding mencabar masa dalam acara-acara 'race track', 'drift' dan 'mud hole'.

Pelbagai jentera 4x4 yang kebanyakannya telah diubahsuai mengisi cabaran dan seperti lazimnya penyertaan dari 'hard-core' sukan ini membariskan kelab-kelab seperti Geduut, Rawang 4x4, Scoreboard dan lain-lain.

Redah 4x4 Club turut berbangga kerana salah seorang peserta adalah ahli Redah sendiri iaitu En Mazlin atau Pak Tampoi bersama-sama dengan En. Choy Siong Jin menjulang nama Redah ke podium teratas setelah menjuarai keseluruhan acara.

Mungkin belum masanya lagi untuk Redah terlibat secara lansung dalam sukan ini dengan menghantar jenteranya sendiri. Namun perancangan ke arah itu tetap menjadi agenda utama kelab.

Apa yang penting adalah komitmen daripada ahli sendiri untuk melangkah ke arah itu.

Sekalung tahniah dari Redah 4x4 Club buat penyandang Juara Keseluruhan, Pak Tampoi dan En. Choy Siong Jin.

Juga tidak ketinggalan jutaan terimakasih buat ahli-ahli Redah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi sokongan padu sehingga kepada kejayaan rakan kita.

-Artikel oleh Kundang
-Foto oleh Dungun & Siti.


.

Kelahiran Warga Redah

Redah 4x4 Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Pak Akasia dan Alamanda kerana selamat menimang cahaya mata pada 5.20 pagi 31 Julai 2009 di Klinik Umra Seksyen 13, Shah Alam.

Semoga dengan kehadiran seorang lagi keluarga Redah ini akan menyerikan lagi ukhwah sesama kita.

Selamat menjadi keluarga Redah buat Putri Nurqaseh.


-Kundang.