Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 29 Julai 2009

Redah di Karnival Go YOUTH










Gambar di SINI
P
ada 25 Julai 2009 yang lalu, Redah 4x4 Club telah maju setapak lagi apabila buat julung kalinya mengadakan pameran aktiviti 4x4 di Karnival One YOUTH One Malaysia.

Karnival besar-besaran ini yang lebih memberi penumpuan kepada sukan serta aktiviti permotoran di Malaysia diadakan di Perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan , Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Redah 4x4 Club turut berbangga tatkala Y.B Menteri sendiri sempat meluangkan masa melawat ‘booth’ pameran dan bertanya sendiri perihal kelab Redah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Beliau juga menyarankan agar Redah dapat berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan pada masa-masa akan datang.

Selain pameran kenderaan 4x4, peralatan ‘recovery’ dan gambar-gambar aktiviti Redah yang lalu, gerai pameran Redah turut diserikan lagi dengan pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah utama berupa ‘off-roading’ bersama Redah ke hutan Sg Mas, Taman Negara Endau Rompin.

Penyertaan yang pada awalnya dihadkan kepada 15 penyertaan sahaja terpaksa diubah kepada 30 penyertaan setelah mendapat sambutan di luar jangkaan.
Redah 4x4 Club ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang; Nurul Atiqah dari Tanjong Karang, Khairul Nizam dari Kapar dan Izyan Farhana dari Bangsar. Mereka akan dibawa menikmati keindahan hutan bersama-sama ahli-ahli Redah disamping merasai pengalaman pengendalian jentera 4x4 yang akan diadakan pada 8 dan 9 hb Ogos 2009 nanti.

Redah 4x4 Club juga ingin mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada jentera Pemasaran & Promosi Redah terdiri daripada Pak Meranti, Mertas, Lelayang, Pelawan, Sungkai, Piang, Mahogani, Balau dan sukarelawan Pak Kobis, harmonic BS, Ella, xyl Pelawan dan tunang Mertas. Jasa, semangat dan khidmat cemerlang anda akan tetap dikenang walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan di peringkat awal.

Kepada ahli-ahli Redah yang masih segan silu dan malu untuk menonjolkan identiti Redah, ingatlah….Kita tidak perlu tanya “Apa yang Redah dapat sumbangkan untuk anda, tapi tanyalah apakah sumbangan anda untuk Redah”. Sokongan moral sahaja tidak dapat membantu melainkan dengan penglibatan dan komitmen anda semua.

Terimakasih kepada pihak penganjur YOUTH Malaysia yang memberi ruang yang cukup selesa untuk Redah 4x4 Club.

Apa yang penting…..Kerjasama!!…….

Artikel oleh Kundang.
Foto oleh Kobis

.

Expedisi Hutan Belum

Tarikh : 14,15 dan 16 Ogos 2009.
Penyertaan terhad kepada 10 jentera 4x4 yang lengkap dengan winch, tayar jungle trekker dan berkeadaan baik sahaja.
Bayaran RM 70.00 seorang.
Bayaran adalah untuk permit dan jurupandu arah.
Bahan makanan bawa sendiri.
Lokasi cantik dan jarang dimasuki dan sesuai untuk memancing dan lain-lain.
Sila berhubung dengan Pak Balau di talian 019-335 2595 untuk penyertaan atau pertanyaan.

Khamis, 16 Julai 2009

Karnival " Go YOUTH,...1 Youth..1 Malaysian.




Semua ahli Redah dan Supporter adalah dijemput ke program belia GO YOUTH anjuran Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau YOUTH yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 25hb Julai 2009 (Sabtu)
Lokasi : Padang letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang.


Kelab 4x4 Redah sendiri juga terlibat secara lansung di gerai pameran yang secara keseluruhannya akan mempamerkan aktiviti sukan permotoran di Malaysia.

Pihak Seketariat akan menyediakan tempat letak kereta untuk ahli Redah yang hadir. Namun begitu untuk memudahkan keadaan, ahli-ahli adalah disarankan agar menghubungi Pak Meranti atau Roedy di talian 019-3277447 untuk RSVP.

Ahli juga disarankan memakai baju F1 atau T-shirt Redah dan membawa 4x4 yang telah dikilatkan ke lokasi kejadian nanti.

.

Rabu, 15 Julai 2009

Profile Anak Gajah


Pihak Jawatankuasa adalah di dalam proses untuk mengumpul gambar-gambar atau video jentera 4x4 setiap ahli Redah untuk dijadikan profil.

Dengan itu kepada semua ahli Redah, anda adalah disarankan agar dapat menghantar gambar atau video 'anak gajah' masing-masing dalam bentuk softcopy kepada Pak Berangan melalui email iaitu 9w2bil@gmail.com

Harap maklum.

.

Latihan Pengendalian dan Keselamatan 4x4


Kepada semua ahli Redah 4x4 Club terutama ahli baru adalah dijemput untuk bersama-sama mengikuti sesi latihan dan perkhemahan 4x4 yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 18hb-19hb Julai 2009
Tempat : Lata Kijang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan D.K.


Sesi latihan ini akan dikelolakan oleh En. Nabil (Berangan) yang akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek pengendalian 4x4 yang betul, keselamatan, penggunaan alatan, 'survivor', pengurangan risiko kerosakan, pengendalian sikap 'ego' dan lain-lain.

Kepada yang berminat, sila hubungi Pak Berangan di talian 017-8855 865.


.

Isnin, 13 Julai 2009

Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah











*Gambar sekitar persiapan SILA KLIK DI SINI

**Gambar di hari mesyuarat Sila Klik Di Sini.

Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah telah berlansung dengan jayanya dalam suasana harmoni dan meriah di Taman Rimba Komanwel pada 5hb Julai 2009 baru-baru ini.

Jumlah kehadiran yang melebihi 3/4 keahlian, membuktikan kelab ini masih mendapat sambutan dari kalangan peminat-peminat 4x4.

Secara keseluruhannya hampir semua jawatankuasa yang telah dilantik merupakan muka-muka baru yang pada dasarnya telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada kelab selama ini.

Pada majlis itu juga di serikan lagi dengan acara pembahagian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa yang lalu dan sijil penghargaan khas kepada 2 ahli Redah yang turut bersama MERCY Malaysia dalam Misi Bantuan di Sri Langka ( Marajali dan Merbau).

Tidak ketinggalan sijil penghargaan khas juga diberikan kepada Saudara Shukor (Kobis) atas jasanya yang sentiasa membantu di dalam apa-apa program Redah walaupun tidak berdaftar sebagai ahli.

Kepada Jawatankuasa baru yang telah dilantik, Sekalung Tahniah diucapkan. Semoga Kelab 4x4 Redah akan terus maju di masa akan datang.


Berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa yang terpilih.

Presiden : Lebah - Sdr. Zulkifli
N. Presiden : Kulim - Sdr. Jaafar
Setiausaha : Marajali - Sdr. Uzair
Pen. Setiausaha : Dungun - Sdr. Muhairi
Bendahari : Api-api - Sdr. Shahrizal

Ahli Jawatankuasa
Leban - Sdr. Zulyadin
Akasia - Sdr. Hakasah
Berangan - Sdr. Nabil
Pelawan - Sdr. Azrishah
Naga - Sdr. Budin

Pemeriksa kira-kira
Keledang - Sdr Amir
Alamanda - Puan Sayang

.