Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 26 Mei 2009

Volunteers Needed for Lefthanded Concert!

Monday, 25 May 2009
MERCY Malaysia is seeking volunteers to help out at a charity concert* this Saturday, May 30, at Stadium Negara.

Volunteers will be stationed at the entrances to usher patrons to their seats, among other duties.

The "Lefthanded & Friends Concert for MERCY Malaysia" will kick off at 3pm with a showcase of indie music, among them, Bunkface. The main concert will begin at 8.30pm, and will feature, of course, Lefthanded with other rock barons including Awie (Wings), Mus (May), and Hattan.

Please contact hayati@mercy.org.my

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it if you wish to sign up as a volunteer (and watch the concert free of charge!)

http://www.mercy.org.my/main/index.php


*Part of the proceeds from ticket sales will be channelled to MERCY Malaysia.

Untuk Rakan-rakan REDAH 4x4 CLUB yang berminat, sila berhubung dengan Pak Rengas atau Pak Rhu untuk keterangan lanjut.


-Kundang.

Khamis, 21 Mei 2009

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA

Berdasarkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, Kembara Amal 4x4 AmanahRaya telah ditunda tarikhnya atas permintaan pihak AmanahRaya sendiri.

Tarikh yang baru adalah 19, 20 dan 21hb Jun 2009.

Diharapkan pilot-pilot yang telah memberikan komitmen sebelum ini supaya berhubung dengan Pak Rengas untuk keterangan lanjut.

Harap maklum.

-Kundang.

.

Majlis Aqiqah dan Tahlil Arwah

Asalamualaikum wr wbt... dan Salam Sejahtera
Kepada semua rakan-rakan disini PAK NAGA/Budin aka 9W2RXZ/PRSKA menjemput
ke Majlis Kenduri Aqiqah/Tahlil Arwah seperti berikut:-

TARIKH: 30HB MEI 2009
HARI: SABTU
MASA: 11.30 PAGI
TEMPAT: Madrasah Ittifiqiyah Addiniyah Kg Kerinchi
Blok F Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Aturcara Majlis:
11.30 pagi : Marhaban dan Cukur Jambul
1.15 tghri : Solat Zuhur
1.30 tghri : Tahlil Arwah / Jamuan Makan Tengahari.

Menu:-
Kari Kambing Special.
Ayam Goreng Mak Pah.
Lamb Chop Poyo.
Sayur Campur
Nasi Putih
Air Sejuk / Ice Blended Vzam Coffee Ice


Untuk di hubungi PAK NAGA / BUDIN AFFIN Investment Bank 012-3730596.

.

Rabu, 20 Mei 2009

Santai di Pertak













*Sila KLIK di sini untuk gambar seterusnya

Santai...Dari perkataannyapun menunjukkan ianya aktiviti yang tidak dirancang, suka-suka atau saja-saja aje.

Pada hari Ahad 17 Mei 2009 yang lalu, lokasi perkhemahan Pertak menerima kunjungan ahli-ahli Redah dengan kemasukan lebih-kurang 12 buah pacuan 4 roda.

Program yang tidak dirancang itu pada asalnya hanya menerima komitmen dari 5 keluarga, namun telah bertukar menjadi ramai melalui 'risikan' ahli-ahli sendiri.

Apa-apapun peserta telah berpuas hati dengan cabaran laluan Pertak yang agak dipenuhi batu walaupun terpaksa pulang pada sebelah petangnya.


-Kundang.










.

Selasa, 19 Mei 2009

Gambar 2 ahli Redah di Sri Langka





*Lain-lain gambar, Sila KLIK di sini.

A
lhamdulillah.. 2 ahli Redah iaitu Pak Marajali dan Pak Merbau telah selamat pulang ke tanah air selepas bertugas selama 2 minggu di Sri Langka bersama-sama Mercy Malaysia untuk memberi khidmat sukarela kepada penduduk di sana.

Sekalung tahniah dari pihak Redah 4x4 Club sendiri kepada mereka berdua yang secara tidak lansung membawa nama yang baik untuk kelab dan negara.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hanya gambar-gambar ini dapat menceritakan serba sedikit apa yang berlaku di sana.

-Kundang.

.

Rabu, 13 Mei 2009

Redah di dalam 4x4 Magazine




Liputan mengenai Kelab Redah 4x4 tersebar luas lagi di dalam 4x4 Magazine.
Pelbagai ulasan positif mengenai kelab ini yang lebih berorientasikan 'Charity' atau kebajikan dan kemanusiaan.

Dengan meluasnya cerita atau liputan mengenai Kelab Redah ini, bermakna lebih tinggilah komitmen yang perlu ditunjukkan oleh ahli-ahli Redah. Komitmen yang dimaksudkan adalah menjaga nama baik kelab ini.

Untuk mencipta nama, cuma memerlukan usaha semalaman, tetapi untuk mempertahankan nama, memerlukan komitmen berterusan.

Terimakasih kepada ahli-ahli, supporter Redah, peminat 4x4, pengkritik, penasihat, kelab-kelab luar-tepi, pihak media, badan kerajaan dan NGO serta orang persaorangan yang sama-sama membantu memperkenalkan kelab ini di mata dunia.

Kredit juga harus diberikan kepada Israq Adventure Sdn Bhd dan Reddah Media Sdn Bhd yang sanggup berganding bahu dalam mempromosi kelab ini.

Sekarang hidup mati kelab ini terletak di bahu setiap ahli Redah itu sendiri.

Pikir-pikirkanlah......

-Kundang

.

Selasa, 12 Mei 2009

PANGGILAN MERCY

Kepada rakan-rakan Redah yang berpengalaman dan berlatar-belakangkan teknikal, elektrik dan civil adalah dipelawa untuk bersama-sama Mercy Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja bantuan di Sri Langka bagi menggantikan rakan-rakan yang pulang ke tanah air minggu ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pak Rhu di talian 013-303 7725


.

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA

Kelab Redah 4x4 telah diamanahkan untuk bersama-sama dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Amanah Raya Berhad untuk membantu dari segi logistik dan persiapan untuk satu program amal bersama anak yatim.

Program tersebut adalah Program Kembara Amal 4x4 Amanah Raya Bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang bertempat di Hutan Simpan Ulu Slim, Perak pada 5-7 Jun 2009.

Kelab Redah 4x4 telah diminta untuk menyediakan 22 buah kenderaan 4x4 bersama pilot untuk membawa anak-anak yatim serta ahli Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya

Penyertaan sebagai 'jumper' ini terbuka untuk ahli Redah 4x4 sahaja.
Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi En Najib, Rengas di talian 019-2739916.



-
Kundang.


.

TRIP KE HUTAN BELUM GRIK PERAK

Gambar Hiasan

Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.
Trip ke Hutan Belum adalah seperti berikut:-

TARIKH: 15hb - 17hb MEI 2009 ( 3hr 2mlm )

MASA: 2 petang ( Hari Jumaat )

TEMPAT BERKUMPUL:Petronas GRIK Perak.

Lain2 Info: Sediakan makanan sendiri dan minyak secukupnya/ Bayaran RM 150 satu kereta untuk permit dan yuran pengurusan.

Sila hubungi Mr TOM jika anda ingin menyertai trip tersebut di talian 017-2127474 secepat mungkin,Sekian


SEMUA ADALAH DIJEMPUT !!



MENYAMBUT KEPULANGAN WIRA REDAH BERSAMA MERCY MALAYSIA


Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.


Pihak Kelab REDAH 4x4 menjemput kesemua AJK REDAH terutamanya,Dan juga kepada AHLI-AHLI REDAH,PENYOKONG REDAH yang berkelapangan untuk sama-sama menyambut kepulangan 2 orang WIRA REDAH iaitu PAK MERBAU aka SAPRAN dan juga PAK MARAJALI aka UZAIR yang akan kembali ke TANAHAIR pada seperti berikut:-


TARIKH: 13hb MEI 2009 ( HARI RABU )

MASA: 2 Petang ( Ketibaan )

Tempat/Masa berkumpul: KLIA SEPANG pada Jam 130 tengahari.


Kepada semua yang berkesempatan terutamanya AJK adalah di sarankan untuk menyambut kepulangan Wira Redah.Kepada Ahli-Ahli jika anda ingin turut serta boleh menghubungi PAK SEPANG/PAK RHU di talian 012-3407663/013-3037725.



Jumaat, 8 Mei 2009

TRIP HARDCORE TELEMONG PAHANG



Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.

Trip Hardcore Telemong akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16hb - 17hb Mei 2009
Masa: 9 pagi (SABTU)
Tempat berkumpul: HBP GOMBAK
Info:Sila bawa makanan sendiri dan kelengkapan yang secukupnya.

Kepada AHLI-AHLI yang hendak menyertai Trip Hardcore ini sila hubungi Event Manager Abang Basori (PASAK) 019 2555040 secepat mungkin.
Kepada rakan yang ingin menyertai sila bawa Ayam seekor @ ikan sekilo @ Udang sekilo @ Apa-apa sahaja yang HALAL untuk BBQ.Sekian di Infokan.


Rabu, 6 Mei 2009

PEMBUKAAN RESTORAN MASAKAN JOHOR DI TAMAN MASTIARA JALAN IPOH.

Asalamualaikum kepada Warga REDAH dan juga kepada Penyokong REDAH AMnya.

Disini ingin dimaklumkan bahawa Restoran Masakan Johor telah di buka oleh Ahli kita iaitu PAK PULAI @ Mejar (B) Zakaria dengan di bantu oleh PAK MERANTI @ Roedy.
Restoran beroperasi dari 7pagi sehingga 12malam.Menu special adalah MEE BANDUNG MUAR yang dimasak sendiri oleh Pak Meranti.

Kepada rakan-rakan yang sudi datang ke Restoran tersebut boleh menghubungi PAK MERANTI @ Roedy di talian 019- 327 7447 atau terus ke Restoran di TAMAN MASTIARA bt5 Jalan Ipoh berdekatan dengan JIB AUTO bersebelahan Bengkel PAK RENGAS @ Najib.Sekian di Infokan.

JOM KAYUH 2 Selangor - N.Sembilan - Melaka 9hb - 10hb Mei 2009


Asalamualaikum wr wbt.. kepda semua Warga REDAH.
JOM KAYUH 2 Selangor - N.Sembilan - Melaka pada 9hb - 10hb Mei 2009 akan diadakan.
dengan ini pihak penganjur ingin memohon bantuan Trafik Marshall kepada Ahli-Ahli REDAH yang berkelapangan.Surat dari JPJ akan disediakan oleh pihak penganjur.
Kepada Ahli-Ahli REDAH yang ingin memberi bantuan tersebut sila hubungi Pegawai bertugas iaitu PAK SEPANG @ IRHAM 012-340 7663 dan PAK MERANTI @ ROEDY 019-3277447 secepat mungkin..Sekian.